
Sunday, 9 January 2011
Usikan di tengah malam
Malam tadi balik ke rumah lewat malam daripada rumah Mama. Sungguhpun, semasa masuk ke rumah diberi salam serta bacaan Al-Fatihah, syaitan tetap mencari peluang untuk mengusik.
Oleh kerana sudah lewat malam, anak2 sudah tidur semasa perjalanan pulang. Suami mengangkat serorang demi seorang ke bilik tidur dan saya terus ke bilik mandi. Oleh kerana terlalu penat, saya hanya sempat membaca Bismillah sebelum tidur.
Tiba2 saya dikejutkan dengan bunyi telefon mainan Aliyah. Kringggggg!!!

Saya sangkakan telefon tersebut bertindih dengan mainan2 yang lain lalu tertekan butangnya dan berbunyi. Kemudian... 'bye bye!'. Telefon tu kalau dibiarkan selepas tekan butangnya akan berbunyi 'bye bye!' sebagai tanda suisnya telah dimatikan. Saya buka mata dengan layu dan ternampak telefon tersebut dalam keadaan senget tetapi berada di atas mainan yang lain. Ini bermakna kedudukan telefon mainan tersebut agak sukar untuk ada benda2 lain tertindih atasnya. Saya biarkan saja...
Kemudian kringgggggg!!!!! Serta merta saya membuka mata dan ternampak segumpulan asap hitam di atas telefon mainan itu dan kemudian hilang. Saya terus bangun, angkat telefon mainan tersebut dan letakkan di atas lantai. "Kalau kau kacau tidur aku sekali lagi, aku belasah kau!!!!" Saya tunjuk penumbuk ke arah asap hitam berada sebentar tadi. Suami bertanya saya bercakap dengan siapa. Saya cuma senyum dan cakap telefon mainan itu tertindih dan berbunyi. Saya baca Ayat Kursi dan hembuskannya sekeliling bilik tidur termasuk mengusap rambut anak2. Barulah lena tidur saya :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment