This is my paranormal page. My ghostly and other entities experiences are all here… well… most of them. I only started my paranormal diary in 2007 after series of incident that related to each other. Actually, my paranormal experiences started ever since I was small but I couldn’t guess what is actually happening at that time. As time passed, I learned and experienced more.

What is paranormal? Paranormal is a general term that describes unusual experiences that lack of scientific explanation or evidence that alleged to be outside of science's current ability to explain or measure.

I never consider myself as gifted but I embrace the strength. Sometime I saw them, at times I hear, feel and smell them in many shapes and forms. I believe of their existence and living among us. As a Muslim, I must believe it and I must also believe that there is no God except Allah The All Mighty.

Kadang kala memang sukar untuk dipercayai oleh akal kita tapi itulah yang aku lalui dan adakalanya bersama keluarga. Aku adalah seorang pejuang dan akan kekal istiqomah berjuang menentang entiti2 ini yang mengganggu manusia terutama yang mengganggu keluarga dan sahabat. Itulah janji aku pada Allah.

Inilah ceritaku… daripada gangguan nakal entiti hinggalah kepada gangguan sihir yang sengaja ditujukan bagi tujuan jahat yang memusnahkan.

Ya Allah, jika gangguan ini merupakan ujian untukku, aku redho tapi janganlah engkau tunaikan impian mereka yang bersekongkol dengan syaitan dan jin jahat itu satu kenyataan. Pinjamkanlah aku sedikit zatMu, Ya Allah agar dapat aku tunjukkan kepada mereka bahawa Kaulah sahaja yang layak disembah.

Bismillahirrohmannirrohim…

Wednesday, 19 January 2011

Apa ada dengan Mandi Bunga?


Saya : “Zam, tolong akak beli bunga yang dah relai kat pasar Chow Kit.”

Zam : “Bunga yang macam orang buat mandi bunga tu ker?”

Saya : “Yezza…”

Zam : “Kak nak buat mandi bunga? Kenapa kak? Kenapa????” (dengan mimik muka antara terkejut, musykil dan ingin tahu, korang piker la sendirik macam mana tu…)

Saya : “laaaaa… ingat mandi bunga ajer mesti ada unsur mistik? Khurafat? Buang sial? Gangguan jin dan syaitan?”


Setiap kali saya berkongsi cerita dengan sahabat dan kawan mengenai saya yang gemar mandi bunga mesti ada yang pandang serong kepada saya. Lantas, saya berazam ingin ‘educate’ mereka serta berkongsi pengetahuan tentang amalan mandi bunga yang sememangnya telah menjadi petua dan juga ritual mistik orang tua dahulu bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu malah masyarakat Hindu dan Buddha.

Petua orang2 tua dahulu digabungkan dengan unsur-unsur alam atau mengambil semangat alam dalam mengekalkan kesihatan, mengawal penyakit, rawatan dan pemulihan. Kajian saintifik tentang penglibatan semangat alam ini dalam tujuan rawatan boleh dilihat dalam perubatan alternative seperti perubatan aura / gelombang dan perubatan warna (color theraphy).

Nenek saya sememangnya gemar amalan mandi bunga ini. Antara bunga yang menjadi kegemaran nenek saya adalah bunga ros, cempaka, melur dan limau purut. Nenak kata mandi bunga badan akan segar, wangi dan wajah berseri-seri. Memang tidak dinafikan saya juga suka mandi bunga kerana bau bunga itu sungguh menyegarkan. Bagi saya yang masa terhad untuk ke spa atau ‘massage’, mandi bunga adalah yang terbaik.

Ramai yang menyangka mandi bunga hanya boleh dilakukan oleh bakal pengantin yang mahu melangsungkan perkahwinan untuk menaikkan seri pengantin atau bagi mereka yang belum bertemu jodoh atau membuang ‘sial’. Secara peribadi, mandi bunga akan memberi kita faedah untuk menaikkan seri wajah agar lebih disayangi (saya niat untuk keluarga terutama suami), membuang aura negatif yang boleh mendatangkan penyakit, menghilangkan bau badan yang kurang menyenangkan serta menjalin hubungan lebih akrab antara suami isteri.

Sekarang ini kita dapati mandi bunga sekarang sudah diakui oleh pakar-pakar kecantikan dan juga rawatan alternatif sebagai satu cara meningkatkan aura. Antaranya dalam kaedah ‘aromatherapy vibration’ dan ‘colour vibration therapy’. Saya tidak bercerita tentang kaedah tersebut dalam entri ini kerana ianya memerlukan penyelidikan dan penceritaan yang lebih mendalam. Daripada pengalaman dan pengetahuan saya yang terhad ini, antara bunga dan tumbuhan tertentu seperti ros putih dan ros merah, lavender, tea tree, orange, peppermint, lemon dan limau nipis boleh membantu (dengan izin Allah semestinya) tubuh badan kita berfungsi dengan lebih baik dan stabil. Ia juga sesuai bagi tujuan kesihatan, kecantikan, keharmonian rumah tangga, meningkatkan kecerdasan minda, meredakan tekanan perasaan menceriakan emosi dan sebagainya.

Pilihan bunga :

(daripada perkongsian dengan Ummi Munaliza)

  • Ros merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
  • Ros putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
  • Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
  • Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
  • Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
  • Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
  • Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
  • Limau susu - melembutkan kulit.


Daripada laman web JAIS –

Mandi bunga bukanlah suatu yang pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat dan salafussoleh terdahulu. Ia berasal daripada kepercayaan lama yang dipegang oleh orang Melayu, kononnya untuk membuang sial dan menaikkan seri wajah.

Melakukan mandi bunga atas dasar para pakar perubatan telah mengesahkan kebaikan dan khasiatnya kepada tubuh badan, bukanlah satu kesalahan. Yang salah ialah berjumpa bomoh atau pawang dan meminta dimandikan dengan membaca mentera tertentu untuk menaikkan seri wajah. Semua mentera yang dibaca oleh para bomoh itu kebanyakannya ada unsur syirik dan khurafat. Rasulullah S.A.W melarang umatnya berjumpa bomoh dan mempercayai kata-katanya. Oleh itu hindarilah dosa yang membawa kepada syirik kerana ia merupakan salah satu dosa yang tidak diampunkan.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik atau bomoh, lalu percaya kepada apa yang dikatakannya, maka dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Nabi Muhamad s.a.w." – Hadis sahih riwayat Abu Daud dan Ashab al-Sunan.

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang mendatangi bomoh, kemudian bertanya kepadanya sesuatu, solatnya tidak akan diterima selama 40 hari." – Riwayat Muslim.


Antara artikel yang menyokong :

Amalan mandi bunga ini sebenarnya jika dilihat dari sudut sains adalah baik, kerana menurut Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah melalui satu siri ceramahnya beliau, menyebut:

‘Mandi bunga ini dapat menaikkan seri wajah kerana badan manusia itu kembali segar selepas mandi bunga ini dilakukan kerana khasiat yang terdapat pada bunga ini menyerap ke dalam tubuh badan.’

Jadi amalan ini sebenarnya mempunyai khasiat tertentu yang baik untuk individu yang melakukannya tetapi amalan ini haruslah dilakukan dengan niat kerana Allah SWT semata-mata dan juga tidak bercanggah dari landasan Islam. Hujah ini dengan kajian daripada pihak lain, mendapati:

“Mandi bunga membawa banyak faedah, bunga dikatakan pencerap tenaga matahari yang paling baik, mandi dengan air bercampur bunga memungkinkan kita mendapat kebaikan-kebaikan tenaga matahari yang telah dicerap serta diproses oleh bunga.”

Amalan mandi bunga ini telah dibuktikan secara saintifik yang terbukti dapat menyihatkan tubuh badan dan menyegarkan badan. Ketika mandi bunga ini tidaklah mengharap dari perbuatan mandi bunga itu dapat mencepatkan jodoh, menolak bala atau sebagainya, ini kerana setiap sesuatu berlaku terletak pada ketentuan Allah SWT.

sumber :http://mamunovice.blogspot.com/2009/04/amalan-mandi-bunga-dan-islam.html


Amalan mandi bunga cara saya J

Selalunya saya akan mandi bunga bila badan terlalu stress dan sakit2 akibatnya. Namun, saya lebih gemar mandi bunga ketika malam hari 14 atau 15 atau 16 bulan Hijrah. Sains telah membuktikan bahawa tenaga / aura bunga lebih berganda semasa bulan mengambang.

Bahannya:

  • Bunga - pilihan 3 atau 5 atau 7 warna dan salah satunya mesti putih
  • Limau purut (dipotong 2 atau 4 agar senang diramas untuk jusnya)
  • Kain batik (mandi berkemban ya…)


Caranya:

  1. Niatkan tujuan mandi bunga.
  2. Sediakan air dalam sebesen bekas air yang sederhana besar. Kalau ada air mineral atau air sungai atau air mataair lebih baik tapi pastikan air tersebut bersih (usahlah amik air Sungai Klang tu yea…).
  3. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan selawat nabi sambil mencampurkan air alam semulajadi tu dengan air paip, tapi kalau terlebih duit nak semua air mineral pun boleh juga…
  4. Sambil membaca Al-Fatihah 7x, kacau air dan masukkan bunga sedikit demi sedikit dan limau purut. Bunga dileraikan kelopaknya dan ramas potongan limau tersebut. Kacau mengikut lawan jam.
  5. Teruskan bacaan Al-Fatihah dan jika habis 7x, bacalah Ayat Kursi 3x atau 5x atau 7x sehingga selesai bunga dan limau purut dimasukkan ke dalam besen.
  6. Mandi macam biasa dengan air bunga itu (selalunya ketika mandi bunga saya elakkan sabun mandi, lulur dan syampu agar bauan bunga lebih menyerlah).
  7. Bilasan terakhir boleh dijirus daripada rambut hingga ke kaki dengan sekali jirus sahaja dengan diakhiri dengan bacaan ‘Auzibillah…rojim’.
  8. Kutip kelopak bunga dan potongan limau purut, masukkan ke dalam plastik sampah dan buangkan di luar rumah.


Itu ajer… Semoga Allah permudahkan urusannya untuk kita.

No comments:

Post a Comment