This is my paranormal page. My ghostly and other entities experiences are all here… well… most of them. I only started my paranormal diary in 2007 after series of incident that related to each other. Actually, my paranormal experiences started ever since I was small but I couldn’t guess what is actually happening at that time. As time passed, I learned and experienced more.

What is paranormal? Paranormal is a general term that describes unusual experiences that lack of scientific explanation or evidence that alleged to be outside of science's current ability to explain or measure.

I never consider myself as gifted but I embrace the strength. Sometime I saw them, at times I hear, feel and smell them in many shapes and forms. I believe of their existence and living among us. As a Muslim, I must believe it and I must also believe that there is no God except Allah The All Mighty.

Kadang kala memang sukar untuk dipercayai oleh akal kita tapi itulah yang aku lalui dan adakalanya bersama keluarga. Aku adalah seorang pejuang dan akan kekal istiqomah berjuang menentang entiti2 ini yang mengganggu manusia terutama yang mengganggu keluarga dan sahabat. Itulah janji aku pada Allah.

Inilah ceritaku… daripada gangguan nakal entiti hinggalah kepada gangguan sihir yang sengaja ditujukan bagi tujuan jahat yang memusnahkan.

Ya Allah, jika gangguan ini merupakan ujian untukku, aku redho tapi janganlah engkau tunaikan impian mereka yang bersekongkol dengan syaitan dan jin jahat itu satu kenyataan. Pinjamkanlah aku sedikit zatMu, Ya Allah agar dapat aku tunjukkan kepada mereka bahawa Kaulah sahaja yang layak disembah.

Bismillahirrohmannirrohim…

Monday, 24 January 2011

Betoi ka apa yang aku nampak?

Bersebelahan taska anak2 saya ialah rumah orang India yang agak kuat amalannya. Saya agak begitu sebab memang akan ada pemujaan dan patung2 gajah di rumah tersebut. Bila waktu senja, loceng sama pasti akan dibunyikan. Sebenarnya saya sendiri tidak pernah berjumpa dengan tuan punya rumah itu walaupun hampir setiap hari saya lalu di hadapan rumahnya.

Minggu lepas semasa mengambil anak2 daripada taska saya terpaksa berhenti depan rumah orang India tersebut sebab kawasan depan taska sudah penuh dengan kenderaan lain. Saya parkir kereta betul2 depan pagarnya dibawah pokok mangga. Pokok mangga itu memang sudah dewasa dan berbuah menjadikan ianya spot yang cun untuk meletak kereta. Tidak pernahlah saya terperasan sebelum ini ada tunggul kayu macam gambar dibawah nih bersebelahan pokok mangga tersebut.

Gambar sekadar hiasan ;)

Oleh kerana hari sudah senja dan terang2 tanah, tunggul kayu tu saya nampak berkilat lalu saya tenungnya agak lama. Tiba2 saya terdengar bunyi 'gedebuk' lantas seolah2 saya berada di alam lain dimana satu lembaga hitam sedang memegang kapak atas tunggul kayu tersebut, menghayun kapak dan memotong sesuatu di atas tunggul. Sepanjang masa ini mata saya terpaku kepada mata kapak dan apabila ianya terhenti di atas tunggul... betoi ka apa yang aku nampak???? Kapak tu potong kepala orang!!!!!! Terus saya berastafagar banyak2 dan membaca Surah Al-Fatihah dan An-Nas.

Barulah saya sedar yang anak2 saya sudah berdiri di pagar taska dan memanggil2 saya. Syukur tak dak apa2 kejadian yang berlaku selepas itu dan saya juga ingin melupakan gambaran yang saya nampak itu.

Arakian semasa saya lalu di depan rumah orang India tersebut pagi tadi, tunggul kayu yang saya nampak itu tidak ada pun bersebelahan pokok mangga. Bekas2 rumput dan tanah juga tidak menunjukkan adanya tunggul kayu itu sebelum ini. Ini yang saya musykil nih...

Sekali lagi... betoi ka apa yang aku nampak???

No comments:

Post a Comment