Saya memang sibuk dalam sebulan dua ini. Tugas2 hakiki meruntun jiwa raga saya dan dalam keterpaksaan saya mengangguhkan catatan luahan hati, paranormal dan tugasan Masters saya bagi memastikan tugasan hakiki berjalan lancar. Ini ditambah pula dengan kesinambungan tugasan kakitangan lain terhadap tugasan saya. Ramai yang sedang berharap pada saya pada masa ini. Tidak dapat saya menulis dengan panjang lebar. Mohon kesabaran daripada sahabat semua.
Oleh itu, saya kongsikan satu cerita pendek yang telah saya tulis dalam bulan April 2008 mengenai kejadian paranormal yang menimpa Azhad, anak ketiga saya. Tulisan ini adalah emel kepada sahabat2 rapat saya jadi
It all started again lepas aku bersalin dalam bulan July 2007. Mmg ada gangguan kecil2 (oh ya ingin diingatkan bahawa blkg rumah saya merupakan laluan kepada entiti ini) macam benda putih terbang, muka tanpa badan, lembaga hitam dan bunyi ketuk pintu atau tingkap. pernah gak entiti masuk ke rumah nak ganggu baby tapi berjaya ditepis. we all kuatkan pagar rumah. lepas tu ok... mmg dia dok terbang kdg2 kat blkg tu tapi we all buat tak tau asalkan tak masuk rumah udah ler...
Dalam 3 bulan kebelakangan ini, Azhad selalu kena naik gegata. ala... macam gigit nyamuk tapi lebey besar and merah dan lebey gatal. sat ada sat hilang. pi doktor, dia kata kena gigitan serangga. musykil???? bila pulak anak aku pi main kat
aku mmg plan nak bawak dia pi specialist for medical check up or blood test ker apa this weekend tapi sebelum tu we all usaha ler cara lain dulu. Abang Nawar tipon his doctor alternative cum abang angkat pasal Azhad and he promise to look into it. last Saturday nite masa balik JB, abang angkat called nak mai rumah tapi we all tak dak pulak. he didn’t mention anything cuma nak mai rumah aje, mesti something nih... he requested Abang Nawar to come to his clinic kalu dah balik KL nanti.
That nite, we all tak tidoq atas katil. semua tidoq bawah. Azim of course tidoq kat depan dengan cousin2 boy dia, main game sampai 4 pagi. Athirah lak tidoq dengan gals cousin dengan Barbie dolls and gals accessories. so tinggal Azhad dan Aliyah with me, then at 1230am, Azhad menjerit sakit sakit gatai sakit, penuh satu badan n gegata sampai ker kepala. nasib baik we all mmg bawak balik ubat doktor. then dia tak nak bukak mata, macam takut sambil jerit nak Mama. tiba2 sensor aku detected satu energy. i was facing the bed while Abang Nawar was facing me dok sapu ubat krim kat badan Azhad. sambil peluk Azhad I was reciting Ayat Kursi and zikir la illahaillallah (spelling?) then I saw a women in white rambut panjang tapi muka kurang jelas, bentuk macam asap2 gituh, sitting on the edge of the bed watching us. Azhad dok peluk I makin kuat, I pun signal kat Abang Nawar and we all pun baca Ayat Kursi tanpa henti + surah 4 Qul sekali. Then entity tu hilang. Azhad slowly bukak mata then terus baring tido... dan sepanjang malam tu aku dah tak boley tido, bukan takut but risau...
Pagi Ahad tu Abang Nawar and adik dia bawak Azhad pi klinik homeopathy. Adik ipar kata ada similar cases (of course we all tak mentioned pasal gangguan lain2 kat dia) and doktor homeopathy tu pernah tolong and berjaya. doctor tak bukak klinik on sunday but special case kena pi rumah ler... aku tak pi sebab Aliyah tak sape nak jaga. bile Abang Nawar balik terus terpacul dari mulut aku, 'kes kronik?' abang nawar kata doktor hpathy kata case agak serious, huh? aku dah nak tangkap leleh masa nih... liver Azhad tak dapat berfungsi dengan baik menyebabkan toksik badan keluar asal gatai2 tu, kuman tu dah masuk ke paru2 menyebabkan ada lebihan lendir. tu ler sebabnya selsema dia lambat baik and dia cepat penat. then aku mmg bergenang ayaq mata, terus aku angkat Aliyah masuk bilik. my in laws semua agak terkezut sebab selalunya aku la yang paling macho sekali and they never see me cry. I tried to be strong tapi masa tu lar aku paling fragile, sambil menaip nih pun aku dok meleleh ayaq mata, sat aku nak pi amik tissue kang depa kat sini heran pulak menangis sambil menaip depan PC. doktor hpathy bagi 2 months of supply ubat and we hafto see him back after that. masa tu aku cuma dok pikiaq that I am gonna lose Azhad. I don’t know how and why the feeling macam tu... I think every mothers will feel the same in this situation.
All the way back to KL aku tak tido and sat sat dok nangis. aku punya dok think positive, be strong, redho dengan ketentuan Allah and it took me awhile to pull myself together. sampai KL malam, Abang Nawar terus pi klinik abang angkat pulak. Abang angkat called several time masa we all on the way to KL. masa aku nak naik tido with Azhad, kat tangga, he said 'Mama, syaitan tu ada kat bawah. syaitan jahat
Aku tak perasan Abang Nawar balik pukul berapa but masa dia dok baca ayat kursi kat Azhad, aku terjaga then terasa satu energy thru tangan kanan aku. I know something bad is hapenning but as usual we all takkan sembang hal nih masa tu jugak. masa bangun solat subuh baru aku tanya Abang Nawar. mula2 dia tak nak cerita probably takut aku nangis kot? tapi aku paksa jugak ler heheheh abang angkat kata masa hari sabtu dia dok baca Surah Yassin buat ayaq mandi Azhad, dia nampak lembaga nih kat blkg Azhad n masa malam abang nawar jumpa dia, dia saw again that thing sekor lembaga dok bertenggek blkg Azhad. Abang Nawar citer le apa abang angkat dia nampak. benda nih mai dari hutan. terserempak dengan we all and berkenan kat Azhad. so dia akan mai jumpa Azhad to play. lepas tu balik masuk hutan. lepas dia balik tu la Azhad akan naik gegata tu sebab terkena duri hutan yang dibawak oleh jin ni... aku jenuh pikiaq kat mana we all pi terserempak dengan jin nih? sampai now I really don’t have a clue. abang angkat supply us garam tuk makan dan minum and pagar rumah, tanah tuk mandi dan kismis tuk pulih tenaga.
secara spiritual nya, jin suka dok at a specific place kat badan kita, in this case dia dok bertenggek kat blkg Azhad. energy jin menyebabkan organ badan kita lemah (jin tak boleh sebabkan kematian, please take note...) dan bila kuman menyerang badan kita, organ yang paling lemah of course akan sakit dahulu. so now we all punya startegy ialah perang dengan jin nih secara kasar dan halus. mlm tadi abang angkat called, dia kata jin tu marah dia sebab halang dia main2 ngan Azhad tapi mmg pun... malam Isnin tu Azhad meracau2 dan menangis, Aliyah pulak sat sat nangis macam takut.
Aku soh Abang Nawar decsribe rupa jin ni as per yang abang angkat nampak dan descriptionnya menepati apa yang Azhad citer dan yang aku nampak. dan 2 malam berturut2 geng belakang rumah aku dok terbang dan berlari2. smlm aku dan abang nawar nampak at the same time kat dapur. then bau busuk and Aliyah started to cry macam takut. Abang Nawar siap amik parang, bukak pintu dapur (selalunya aku tak bukak pintu dapur tu kalau tak dak apa2 hal) and jerit 'baik korang pi jauh2 sebab kalu aku naik angin, ni aku bagi kang!' hhhmmmmmmm.... nasib baik tak dak orang lalu masa tu, kalu tak hehehehehehe
Alhamdulillah dah 3 hari Azhad makan ubat homeopathy, mandi ayaq tanah, makan kismis dan minum ayaq Zam Zam, I can see that muka dia dah lain sikit, lebih sihat dan ceria... mudah2an we all dapat melalui dugaan ini dengan tabah...
Catatan tambahan : mak saya ada bertanya kepada seorang makcik yang boleh berkomunikasi dengan entity nih dan secara kebetulan ada persamaan cerita. Jin tu memang asalnya daripada hutan banat dan badannya ada duri2 cangkuk. Siap tanya kat emak “pasai apa depa pi bawak anak2 kecik masuk hutan?”. Secara jujurnya, memang tidak pernah sekalipun bawa Azhad ke hutan pada masa itu. Cuma apa yang saya boleh kaitkan ialah semasa pulang ke Batu Pahat sempena Hari Raya Aidilfitri memang Azhad ikut sepupu sepapatnya jalan2 hingga ke hilir sungai. Kemungkinan pada masa itulah jin tersebut terserempak dengan Azhad.
Azhad sekarang semakin berani bila ternampak dengan entity nih. Dia tidak menangis cuma akan memandang muka saya tanpa berkelip2. Kalau di rumah, dia akan suruh saya tutup pintu rumah cepat2. Saya tidak dapat mengagak samada Azhad nampak entity ini disebabkan usianya ataupun memang itulah anugerah Allah. Saya redho jika itu ketentuanNya.
p/s : dalam sibuk2 terpanjang pula entri nih yea hehehe…

No comments:
Post a Comment