
Kami dalam perjalanan balik daripada satu tempat dan bas berhenti di jalan besar. Jarak diantara jalan besar ke rumah adalah dalam setengah kilometer. Lebih tiga dekad yang lalu, jalan kampong tidak berturap dan walaupun lampu jalan terpasang, suasana kelam dan sunyi. Papa dan Mama berjalan laju dan aku didukung oleh Papa.

Kemudian kami lalu sebuah rumah besar 2 tingkat kepunyaan Pak Ali (bukan nama sebenar). Aku nampak Pak Ali berdiri tegak di berada rumahnya dan memerhati kami berjalan dengan pandangan yang tajam. Hairan juga kenapa Pak Ali sebegitu sedangkan dia baik orangnya. Papa menegur Pak Ali tetapi tidak dibalas. Papa dan Mama terus berjalan tetapi aku pula tertoleh memandang Pak Ali. Matanya merah menyala. Seram!!!! Aku terus menekap muka ke bahu Papa. Masa itu memanglah takut.
Keesokkan hari aku memberitahu Mama apa yang aku nampak dan Mama hanya tersenyum. 2 hari kemudiannya Mama tumpah darah dan keguguran. Mama hanya memberitahu aku hal sebenar semasa aku sekolah menengah. Rupanya, Pak Mat yang kami jumpa malam itu bukanlah Pak Mat yang sebenarnya. Itu adalah syaitan belaannya. Orang Melayu memanggil syaitan ini hantu raya. Mama memberitahu lagi, selepas kejadian itu dia mengalami mimpi pelik. Satu lembaga hitam besar menghempap dan
Aku tak layak menuduh syaitan itu puncanya sebab memang menjadi matlamat syaitan menyesatkan manusia. Aku tahu Mama redho dengan kejadian itu, pasti ada hikmat disebaliknya. Itu semua ketentuan Allah, ianya terjadi sekiranya Allah mengizinkan.
No comments:
Post a Comment