This is my paranormal page. My ghostly and other entities experiences are all here… well… most of them. I only started my paranormal diary in 2007 after series of incident that related to each other. Actually, my paranormal experiences started ever since I was small but I couldn’t guess what is actually happening at that time. As time passed, I learned and experienced more.

What is paranormal? Paranormal is a general term that describes unusual experiences that lack of scientific explanation or evidence that alleged to be outside of science's current ability to explain or measure.

I never consider myself as gifted but I embrace the strength. Sometime I saw them, at times I hear, feel and smell them in many shapes and forms. I believe of their existence and living among us. As a Muslim, I must believe it and I must also believe that there is no God except Allah The All Mighty.

Kadang kala memang sukar untuk dipercayai oleh akal kita tapi itulah yang aku lalui dan adakalanya bersama keluarga. Aku adalah seorang pejuang dan akan kekal istiqomah berjuang menentang entiti2 ini yang mengganggu manusia terutama yang mengganggu keluarga dan sahabat. Itulah janji aku pada Allah.

Inilah ceritaku… daripada gangguan nakal entiti hinggalah kepada gangguan sihir yang sengaja ditujukan bagi tujuan jahat yang memusnahkan.

Ya Allah, jika gangguan ini merupakan ujian untukku, aku redho tapi janganlah engkau tunaikan impian mereka yang bersekongkol dengan syaitan dan jin jahat itu satu kenyataan. Pinjamkanlah aku sedikit zatMu, Ya Allah agar dapat aku tunjukkan kepada mereka bahawa Kaulah sahaja yang layak disembah.

Bismillahirrohmannirrohim…

Tuesday, 9 March 2010

Entiti memang suka mengusik manusia

Memang menjadi matlamat syaitan dan jin kafir menyesatkan manusia. Caranya ialah menakut2kan kita supaya kita lebih takut kepadanya berbanding ALLAH SWT.

Usikan ini merupakan kali kedua daripada entiti yang sama. Aku dapat rasakan tahap tenaga (energy level) yang sama dan syaitan ini sangat buruk rupanya. Aku cerita dulu usikan pertama syaitan ini.

Tarikh 10 Februari 2010 jam lebih kurang 6.45 pagi dan pagi itu langit masih gelap. Ucap selamat jalan untuk Azim yang ke sekolah. Pesan padanya supaya dimulakan langkah dengan Bismillah dan baca 4 Qul. Selepas bas sekolahnya sampai, saya hanya merapatkan daun pintu dan terus ke bilik belakang untuk mengambil baju Azhad. Kemudian saya ke ruang tamu dan ingin menaiki tangga ke atas. Taaadddaaaaa… entiti berbaju putih sedang berdiri di hadapan pintu yang renggang bukaannya itu. Mukanya tidak jelas sebab badannya sedang menghadap keluar tapi dapat saya rasakan tenaganya seolah2 ingin masuk ke rumah.

Terus mulut dan hati mengucapkan A’uzubillah dan Al-Fatihah serta Surah An-Nas. Saya masih berdiri di depan anak tangga yang mengadap pintu rumah ketika Azhad turun mencari bajunya. Nampak dia turun aku cepat2 buat2 cari barang kat tepi tangga. Sunyi seketika. Apasal sunyi???

Rupanya sampai sahaja di anak tangga terakhir, Azhad berdiri tercegat sambil matanya terus memandang pintu tanpa berkelip. Muka berubah sedikit. “Mama, tutuplah pintu tu…” “Kenapa? Takut ya…” Pintu kututup sambil membaca Al-Fatihah, Surah An-Nas dan Ayat Kursi. Azhad pun senyum. Legaaaaaa…

Aku terus naik ke atas. Separuh jalan naik tangga, aku terdengar seakan pintu papan dirempu dengan kuat sehingga bergegar. Terus aku panggil Azhad. Takkan dia main pintu tu pulak… Azhad ada di dapur ketika itu dan tiada siapa di luar, jadi macam mana pintu tu boleh bergegar???

Jadi, itu cerita bulan lepas… entiti liar memang sukar untuk kita kawal cuma kita boleh buat pendinding rumah dan diri sendiri sahaja. Jadi pagi ini, sekali algi aku turun selepas Azim sudah ke sekolah. Selalunya Azim akan menutup pintu papan tu untuk ke sekolah tapi pagi nih pintu tu terbuka luas. Hhhmmmm.. tak per lah, mungkin Azim terlupa. Aku pun ke dapur, tutup pintu papan tersebut dan naik semula ke atas. Che Abang turun mandi di bilik air tingkat bawah dan saya terus bersiap2. Sedang memakai baju sambil cakap2 dengan Azhad, tiba2 aku terdengar suara Che Abang memanggil nama ku dengan kuat sekali. Laungan pertama ku sambut dengan “Yaaaaaaa….” Kemudian namaku dijerit ganas sekali lagi. Dalam hati tertanya juga kes apa nih, terjerit2… Sambil menjawab “Yaaaaaaaaa…” aku berlari ke tangga. Senyap. Tiada siapa di ruang tamu. ???? musykil nih???? Aku turun dan terus ke bilik air bertanyakan kepada Che Abang. Dia kata dia tak panggil dan tak dengar apa2 pun. Kemudian aku terasa angin sejuk daripada luar. Oooooo… baru lah faham… syaitan mengusik rupanya.

Aku terus berdiri di depan pintu tertutup itu dan menjerit “Oi! Kau tak dak kerja lain ke dok mengusik aku nih???” Aku letak tapak tangan di pintu papan dan membaca Ayat Kursi. Tiba2 aku terdengar suara orang gelak. Tak berapa kuat suara gelak itu tapi cukup untuk pendengaran aku. Aku geram!!!!

Naik atas, aku bertanya kepada Azhad samada dia terdengar suara Abah memanggil aku tadi dan sama seperti Abah, dia tidak mendengar apa2. Hati aku bertambah geram! Siap kau syaitan, akan aku bakar kau dengan garam kasar.


Tengah jalan2 sekali terpandang
entiti bergayut kat bahagian atas tiang lampu.
Buat tak nampak ajer la...
kredit gambar : http://www.hbp.usm.my

Tambahan : Beberapa rupa entiti pernah aku nampak di luar pagar rumah. Tak ingat bila tapi yang terbaru ialah minggu lepas dimana entiti dok bergayut kat tiang lampu jalan. Rupanya macam monyet tapi hitam legam. Lembaga hitam dok menjenguk ke dalam rumah aku, entiti rupa seorang lelaki daripada pinggang ke atas dan berasap2 daripada pinggang ke bawah (meaning no kaki laaaa…), lembaga hitam melompat daripada luar pagar ke dalam rumah jiran dan entiti besarrrrrrrrr yang kepalanya mencecah bahagian atas tiang lampu jalan berjalan depan rumah aku. Entiti giant nih aku pernah nampak juga lalu bersebelahan rumah jiran. Mungkin itu laluan dia kot?

No comments:

Post a Comment